Friday, 3 February 2017

Day 1 (19/1/2017)

We started our journey to Queen Alia International Airport at 10.00pm on 18/1/2017 and reached at 12.30pm. Sebenarnya tiket flight Royal Jordanian jam 8 pagi keesokannnya tapi itulah sebab yang ikut trip ni seramai 20 orang untuk mengelak segala kekalutan maka kami pun bercadang untuk bertolak lebih awal dan tidur di airport. Terlalu awal sebenarnya kami bertolak, maklumlah newbie kan. First time travel semangat membara ;D

Bersama Khunnais dalam RJ. Tak sangka duk sebelah makcik ni haha


Belanja sikit gambar breakfast dalam RJ


Perjalanan ke Cairo International Airport memakan masa selama sejam suku. Ketibaan kami pada jam 9,15 pagi disambut oleh Ustaz Taufik (Boss Afresh tour) Oh yaa percutian kami di Mesir adalah dibawah trip agent Afresh tour. Jadi setiap pergerakan kami ke mana mana tempat adalah dibawah jagaan Ustaz Taufik (tour guide la katakan). 

Makanya bermulalah pengembaraan kami hari pertama di Mesir.


DAY 1


  • CITADEL SALAHUDIN AL AYYUBI
  • MASJID SULTAN MUHAMMAD ALI PASHA
  • MUZIUM MILITARI
  • MASJID SULTAN HASAN
  • MASJID AR RIFAIE
  • MASJID IBNU THULUN
  • MASJID AMRU AL ASH
  • MATAM NILE CRUISE


Tempat pertama yang di jejaki adalah Citadel of Salahuddin Al Ayyubi atau dalam bahasa Arabnya    قلعة صلاح الدين الأيوبي yang terletak di kota lama Cairo. Kata ustaz Cairo ini terbahagi kepada dua ada "old Cairo" dan "new Cairo". Old Cairo sebahagian besarnya diduduki oleh orang2 yang kurang berpendapatan atau bahasa mudahnya miskin manakala new cairo diduduki oleh orang orang kaya. Jadinya jurang antara orang kaya dan miskin memang jelas terlihat.



Ok berbalik pada destinasi pertama kami.



Citadel ini merupakan benteng/kubu pertahanan orang Islam yang dibina oleh Salahuddin al Ayyubi semasa perang Salib. Di dalamnya terdapat Masjid Sultan Muhammad Ali Pasha dan Muzium Militari.



Berhadapan masjid Sultan Muhammad Ali Pasha

Masjid Sultan Muhammad Ali Pasha terletak di puncak Benteng Salahuddin Al-Ayyubi. Kalau perasan struktur binaannya terdapat dua buah menara tinggi yang runcing dan tinggi yang mengapit kubah utama. Orang kata masjid ni ala ala Blue Mosque.

Nampak tak menara tu? Lagi satu sebelah sana lol
Bahagian luar masjid ini terdapat sebuah menara jam yang merupakan hadiah dari Raja Perancis Louise Philips 1 , sebelum mereka berundur dan Muhammad Ali dilantik menjadi pemerintah Mesir. Terdapat makam Muhammad Ali Pasha di bahagian kanan pintu masuk masjid ini. Tak ambiklah pulak gambar makam dan menara jam. Ampunn.
Bahagian dalam Masjid Ali Pasha
Atas ceiling  tu semua marmar. Lampunya pula umpama kristal.
Bahagian dalam masjid ini dipenuhi dengan batu marmar yang cantik dan kelihatan mewah.
Sistem pencahayaan masjid ini dipenuhi dengan lampu-lampu yang berbentuk bebola kristal yang antik. SubhanaAllah lawa sangat, tapi terasa agak sedih sebabnya kawasan ini tidak dijaga sedangkan temat ini merupakan tarikan pelancong. Karpet di dalam masjid ini dipenuhi dengan tahi-tahi burung.

Berhadapan muzium militari
Bahagian dalam Masjid Sultan Hassan

Masjid Sultan Hassan terletak bersebelahan dari kubu Salahudddin al-Ayubi. Dari puncak kubu Salahuddin sudah boleh dilihat dengan jelas kubah masjid Sultan Hassan ini. Masjid ini dibina oleh Sultan Hassan pada dinasti Mamalik. Juga dikenal sebagai Madrasah Sultan Hassan dan Masjid 4 Mazhab kerana terdapat sekolah-sekolah 4 mazhab yang diajar di sini. Dalam masjid ini ada tiang-tiang yang membahagikan 4 mazhab. Kata orang dahulu siapa mengikut imam syafie kena solat kat bahagian imam syafie tapi sekarang rasanya semua solat ditempat sama, maksudnya dah campur. Dahulu je terpisah. Dulu masjid ni terkenal sangat dengan ajaran syiah. Wallahua'lam


Di tengah Masjid Amru al-As


Masjid Amru Al As merupakan masjid yang tertua dan pertama didirikan di Mesir dan Benua Afrika. Masjid ini dibina sendiri oleh Saidina Amru ibn al As bersama beberapa para sahabat. Khalifah Umar al- Khattab telah memberi tanggungjawab/amanah kepada Amru al-As untuk membina masjid setibanya beliau berjaya membuka Mesir.




No comments:

Post a Comment