DAY 2
- MAKTABAH ALEXANDRIA
- LAUT MEDITERRANEAN
- QAITBAY CITADEL
- MAKAN SEAFOOD
- BERMALAM DI ALEX
Perjalanan dari Cairo ke Alex memakan masa lebih kurang 2 jam.
 |
10 orang yang duduk sekali di Homestay Queen, Cairo.
Serious cantik rumah ni! |
 |
Ni lif kat hostel yg kitaorg nginap rasa macam wow sangat tengok lif ni
sebabnya muat 4 orang je paling max lepastu dia guna pintu tauu. bukan auto. |
 |
| Tepi Laut Mediterannean |
Laut Mediterranean di utaranya adalah negara Eropah dan selatannya adalah Afrika dan Asia di timur. Kalau tak faham boleh google peta sendiri :D Ingat tak SPM dulu Laut Mediterranean ni famous dengan laluan untuk urusan perdagangan dan pertukaran budaya antara orang Mesir, Yunani Kuno, Rom Kuno dan Timur Tengah. Duduk kat tepi laut ni pun boleh nampak banyak kapal-kapal tengah berlayar bawak kontena.
 |
| Sekitar Maktabah Alexandrina |
Depan Laut Mediterranean ni seberang jalan dia ada Bibliotheca Alexandrina atau orang panggil Maktabah al-Iskandariah merupakan sebuah perpustakaan yang diasaskan oleh Ptolemy 1 *yang ini aku google sebab tak tahu* :D Pada zaman dahulu, perpustakaan ini pernah menjadi lambang kemegahan para ilmuan tersohor serta pusat kegemilangan ilmu serantau. Ratusan ribu buku dan manuskrip dikumpulkan disini tapi sayangnya waktu pemerintahan Julius Caesar, perpustakaan ini dibakar dan sekaligus melenyapkan khazanah ilmu didalamnya. Pada tahun 2002, di atas tapak asal perpustakaan yang lama,bangunannya diangunkan semula sebagai pusat ilmu, muzium, penyimpanan manuskrip berharga serta rujukan.Sehingga hari ini maktabah ini terdiri megah dan menjadi tumpuan para pelancong. Tapi waktu kitaorang melawat tempat ni tutup sebab hari Jumaat jadi dapat pusing2 sekitar bangunan luar je.
 |
| Hadapan Citadel of Qaitbay |
The citadel of Qaitbay merupakan benteng pertahanan yang dibina untuk menghadapi serangan pasukan Ottoman Turki.
No comments:
Post a Comment