Friday, 3 February 2017
DAY 2 (20/12017)
DAY 2
- MAKTABAH ALEXANDRIA
- LAUT MEDITERRANEAN
- QAITBAY CITADEL
- MAKAN SEAFOOD
- BERMALAM DI ALEX
Perjalanan dari Cairo ke Alex memakan masa lebih kurang 2 jam.
![]() |
| 10 orang yang duduk sekali di Homestay Queen, Cairo. Serious cantik rumah ni! |
![]() |
| Ni lif kat hostel yg kitaorg nginap rasa macam wow sangat tengok lif ni sebabnya muat 4 orang je paling max lepastu dia guna pintu tauu. bukan auto. |
![]() |
| Tepi Laut Mediterannean |
![]() |
| Sekitar Maktabah Alexandrina |
![]() |
| Hadapan Citadel of Qaitbay |
The citadel of Qaitbay merupakan benteng pertahanan yang dibina untuk menghadapi serangan pasukan Ottoman Turki.
Day 1 (19/1/2017)
We started our journey to Queen Alia International Airport at 10.00pm on 18/1/2017 and reached at 12.30pm. Sebenarnya tiket flight Royal Jordanian jam 8 pagi keesokannnya tapi itulah sebab yang ikut trip ni seramai 20 orang untuk mengelak segala kekalutan maka kami pun bercadang untuk bertolak lebih awal dan tidur di airport. Terlalu awal sebenarnya kami bertolak, maklumlah newbie kan. First time travel semangat membara ;D
![]() |
| Bersama Khunnais dalam RJ. Tak sangka duk sebelah makcik ni haha |
![]() |
| Belanja sikit gambar breakfast dalam RJ |
Perjalanan ke Cairo International Airport memakan masa selama sejam suku. Ketibaan kami pada jam 9,15 pagi disambut oleh Ustaz Taufik (Boss Afresh tour) Oh yaa percutian kami di Mesir adalah dibawah trip agent Afresh tour. Jadi setiap pergerakan kami ke mana mana tempat adalah dibawah jagaan Ustaz Taufik (tour guide la katakan).
Makanya bermulalah pengembaraan kami hari pertama di Mesir.
DAY 1
- CITADEL SALAHUDIN AL AYYUBI
- MASJID SULTAN MUHAMMAD ALI PASHA
- MUZIUM MILITARI
- MASJID SULTAN HASAN
- MASJID AR RIFAIE
- MASJID IBNU THULUN
- MASJID AMRU AL ASH
- MATAM NILE CRUISE
Tempat pertama yang di jejaki adalah Citadel of Salahuddin Al Ayyubi atau dalam bahasa Arabnya قلعة صلاح الدين الأيوبي yang terletak di kota lama Cairo. Kata ustaz Cairo ini terbahagi kepada dua ada "old Cairo" dan "new Cairo". Old Cairo sebahagian besarnya diduduki oleh orang2 yang kurang berpendapatan atau bahasa mudahnya miskin manakala new cairo diduduki oleh orang orang kaya. Jadinya jurang antara orang kaya dan miskin memang jelas terlihat.
Ok berbalik pada destinasi pertama kami.
![]() |
Citadel ini merupakan benteng/kubu pertahanan orang Islam yang dibina oleh Salahuddin al Ayyubi semasa perang Salib. Di dalamnya terdapat Masjid Sultan Muhammad Ali Pasha dan Muzium Militari.
![]() |
| Berhadapan masjid Sultan Muhammad Ali Pasha |
Masjid Sultan Muhammad Ali Pasha terletak di puncak Benteng Salahuddin Al-Ayyubi. Kalau perasan struktur binaannya terdapat dua buah menara tinggi yang runcing dan tinggi yang mengapit kubah utama. Orang kata masjid ni ala ala Blue Mosque.
![]() |
| Nampak tak menara tu? Lagi satu sebelah sana lol |
![]() |
| Atas ceiling tu semua marmar. Lampunya pula umpama kristal. |
Bahagian dalam masjid ini dipenuhi dengan batu marmar yang cantik dan kelihatan mewah.
Sistem pencahayaan masjid ini dipenuhi dengan lampu-lampu yang berbentuk bebola kristal yang antik. SubhanaAllah lawa sangat, tapi terasa agak sedih sebabnya kawasan ini tidak dijaga sedangkan temat ini merupakan tarikan pelancong. Karpet di dalam masjid ini dipenuhi dengan tahi-tahi burung.
![]() |
| Di tengah Masjid Amru al-As |
Coming back!
After years of not writing, today I come back. Hello peeps haha.
Sebenarnya taknak tulis panjang sebabnya hobi aku bukankah menulis. Tapi supaya kenangan, memori atau ilmu tak hilang dek waktu jadinya perlu untuk aku compilekan dalam bentuk tulisan dan gambar pada satu dimensi.
Cakap pasal menulis ni. Aku teringat satu syair karya Imam Syafie yang berbunyi. *Jap jap cek internet mcm mana arab dia* haha, aku ingat mafhum dia je,
العِلْمُ صَيْدٌ وَاْلكِتَابَةُ قَيْدُهُ
قَيِّدْ صُيُوْدَكَ بِاْلحِبَالِ اْلوَاثِقَةِ
فَمِنَ اْلحَمَاقَةِ أَنْ تَصِيْدَ غَزَالَةً
وَ تَتْرُكُهَا بَيْنَ اْلخَلاَئِقِ طَالِقَةً
Ilmu itu ibarat binatang buruan dan menulis adalah pengiaktnya/talinya
Alangkah bodohnya jika kamu mendapat kijang (binatang buruan) tetapi kamu tidak mengikatnya dan akhirnya dia hilang,
Jadi salah satu cara untuk aku ikat semua memori aku selama keberadaan aku di Mesir adalah dengan menulis entri ini . Nantikan post2 yang seterusnya from day1 until day 13 life of a girl named Arifah at Mesir. Stay tuned! :)
Anyway tak tahulah kenapa gambar post2 yang lepas tak keluar pun. I meant tak boleh nak tengok. Nantilah kalau sis rasa ada masa banyak. I betulkan. Huhu.
Subscribe to:
Comments (Atom)
















